开云体育

ctrl + shift + ? for shortcuts
© 2025 开云体育

Fw: [islah-net] p*ui

sazli
 
----- Original Message -----
From: SABARUDDIN MAIN <SABARUDDIN@...>
To: <islah-net@...>; <bam520@...>
Sent: Thursday, January 27, 2000 11:47 AM
Subject: Re: [islah-net] p*ui

From: "SABARUDDIN MAIN" <SABARUDDIN@...>

Assalamualaikum,
Wak ali,
Kadang2 saya rasa wak ali ini macam orang tak ada akal, maaf mungkin
bahasa saya agak kasar.
kita ni insan yang lemah dan tidak sempurna tapi Allah kurniakan kita akal
untuk berfikir yang mana BENAR dan yang JAHIL.
Dunia dan Akhirat adalah ciptaan Allah, maka dengan itu Allah telah
tentukan HUKUMnya kepada makhluknya.
MENGAPA wak ali perjuangkan HUKUM CIPTAAN MANUSIA?
mungkin wakpun ada fail kot?
Saya tak faham mengapa wak ali begitu marah Kepada PIMPINAN PAS yang
memaki, mencarut kepada manusia yang menafikan HUKUM ALLAH?
Tapi Wak ali bagaikan HERO cuba mempertahankan orang yang jelas dan nyata
mempersendakan HUKUM ALLAH?
Apakah wak ali rasa bangga dengan mereka?
wak, saya sedar saya juga punya kelemahan dan kekuranggan pengetahuan
tentang AGAMA ISLAM tapi saya tidak sekali menafikan HUKUM ALLAH.
kita didunia ini diciptakan dengan berbagai bangsa tapi hanya dengan satu
ajaran iaitu ajaran ISLAM.
manusia sendiri yang mencipta ajaran lain selain ISLAM tapi ada janji
ALLAH, mereka akan menerima balasannya.
kita juga harus ingat kita semua diberi peluang dan hak diatas dunia ini
untuk hidup tak kira apa sekalipun kepercayaan mereka dan kita yang
dikurniakan ISLAM sebagai panduan hidup (Alhamdulillah) tapi kita wajib
memperjuangkan HUKUM ALLAH kerana kita ini hanya HAMBANYA.
Percayalah orang ISLAM yang mempersendakan HUKUM ALLAH lebih dahsyat
hukumannya daripada orang yang sedia KAFIR.

Assalamualaikum.

Sim <bam520@...> 01/27/00 10:16AM >>>
From: Sim <bam520@...>

Aku rasa wak ni baru sedar dari lamunan, dia tk perasan pun bahawa di
sekelilingnya orang sudah anggap UMNO pesen lama, tapi pada perasan wak
UMNO
masih terbaik seperti di zaman Tun Razak dan Tungku.... aku nak bagi tau
wak pi
basuh muka dan tengok keadaan sekeliling, itu hari undi korang menang atas
kertas
je, kalau tidak, ngapee aku punya HARAKAH tidak di jual macam biasa.
Takuttt....pengecuttt!!! ...kekadang aku pun seronok kacau orang semacam
wak ni.

----Original Message-----
From: wak ali wak selamat <kelamman@...>
To: islah-net@... <islah-net@...>
Date: Wednesday, January 26, 2000 2:54 PM
Subject: [islah-net] p*ui

From: wak ali wak selamat <kelamman@...>

Apabila Perdana Menteri bercakap mengenai pengaruh
asing dan penjajahan moden yang
cuba mempengaruhi sesebuah kerajaan, masih ramai yang
keliru dan sangsi tentang
keujudannya, kebenarannya dan kesannya. Masih ramai
mempersoalkan realliti perkara ini.
Sedar atau tidak, percaya atau tidak , hakikatnya ia
tetap berlaku dan sehingga kini masih
berlaku dan berlaku di mana-mana. Di Afrika, Eropah,
Amerika Latin, Asia malah di
Amerika Syarikat itu sendiri.

Apa yang penting bagi rakyat Malaysia dan terutamanya
orang Melayu ialah memahami
bagaimana ia boleh berlaku dan di mana pengaruh itu
berguna bagi penjajah ini.

Selagi ada Amerika selagi itulah cubaan menguasai
sesebuah kerajaan lain terutamanya
negara-negara membangun akan berterusan. Amerika
menggunakan setiap kesempatan,
melalui apa cara sekalipun dan berapa sahaja kos untuk
merealisasikan hasrat ini. Badan
inteligennya CIA, tidak pernah berhenti mengenalpasti,
mendidik, dan membayar
pemimpin-pemimpin yang berpengaruh untuk di jadikan
boneka.

Amerika mempunyai grand designnya tersendiri. Dia mahu
mewujudkan satu dunia yang
tunduk kepada satu kuasa sahaja iaitu Amerika. Pada
masa ini hasrat itu bolehlah dikatakan
sudah tercapai. Hari ini sudah tidak ada seorang
pemimpin yang berwibawa yang boleh
menegur, jauh sekali dari mengarah Amerika untuk
berhenti melakukan apa saja yang dia
mahu. Semua pemimpin sudah dijinakkan, dibeli dan
sesetengahnya sudah menjual maruah
dan negara kepada Amerika. Lihat saja negara-negara di
Afrika dan Amerika Latin, mana
ada pemimpin yang betul-betul berani menentang
kehendak Amerika.

Dulunya dunia ini terbahagi kepada dua kuasa besar
Amerika dan Rusia. Walau
bagaimanapun dengan kebijaksanaan Amerika, mereka
dapat mencipta seorang boneka
bernama Boris Yeltsin. Rusia merupakan satu-satunya
kuasa besar yang menjadi seteru
utama mereka sebelum ini. Sebab itulah RUSIA hari ini
bukan lagi lawan Amerika,
sebaliknya menjadi penyokong mereka dalam banyak hal.

Rusia kini sudah dimiskinkan, dilemahkan dan beruang
yang memang dulunya diketahui
ganas kini sudah ditidurkan. Dulu RUSIA juga seperti
Amerika, menakluki negara lain satu
perkara biasa seperti berlaku di Afghanistan. Masa itu
susah semua orang, terutamanya
Amerika. Kini semuanya sudah menjadi perkara enteng.

Ada satu saja hasratnya yang belum kecapaian. Cuma
satu sahaja negara yang masih belum
dikuasainya. Hanya seorang pemimpin yang belum
dijinakkan dan memang Amerika tidak
dapat menjinakkannya. Maka negara yang menjadi idaman
mereka yang dimaksudkan
itulah Malaysia kini menjadikan sasaran utama.
Pemimpin utama negara itu tidak lagi dapat
dipengaruhi. Oleh kerana kebalnya pemimpin itu maka
mereka tidak mahu lagi membelinya.
Yang lebih penting ialah orang yang akan
mengantikannya, iaitu orang nombor dua. Orang
yang paling pasti naik takhta.

Sedar tidak sedar Anwar sudah dalam genggaman. Anwar
sikit demi sedikit sudah
dipengaruhi, malah orang ini sudah pandai membalas
budi dan sudah tahu untuk membuat
jasa. Anwar sendiri hingga hari ini masih tidak
percaya yang beliau adalah salah seorang
pemimpin yang sudah dibeli, dididik dan sudah
dijinakkan.

Anwar tidak perlu *gah* kata dia seorang yang
berpendirian dan tidak boleh digunakan.
Sedangkan pemimpin Rusia yang lebih gagah sudah tunduk
dengan Amerika.

Soalnya bila Anwar akan berguna dan akan digunakan.
Sekarang masih kabur tetapi ianya
akan lebih jelas apabila dia sudah memegang teraju
kepimpinan negara ini. Masa itulah
Anwar menjadi terlalu penting bagi Amerika. Bukan
maksud Anwar akan digunakan untuk
Malaysia menyerang negara lain. Yang penting ialah
apabila Amerika melakukan sesuatu
tindakan, negara ini jangan membantah dan jangan
bertindak mempengaruhi negara lain
untuk membantah.

Anwar tentunya tidak bersetuju, katanya *Mana boleh,
dia tidak akan dibeli dan
digunakan*. Memang betul kata Anwar itu. Boris Yeltsin
juga berkata begitu pada rakyat
Rusia sebelum dia menjadi Presiden. Hari ini
bagaimana. Bayangkan apabila Malaysia
sudah dimiskinkan, bolehkah Anwar berkata dia tidak
akan digunakan ataupun dia akan
berkata Amerika sangat berguna untuk memberi bantuan
dan makanan. Dia akan
menyembah Presiden Amerika dengan hinanya memohon
bantuan. Pada masa itu apa
ertinya permaidani merah kalau maruah bangsa dan
negara terpaksa digadai.

Hari ini Amerika menyerang dan membunuh rakyat IRAQ.
Mana ada pemimpin
negara-negara Islam yang lain yang bersungguh-sungguh
membantah dan menentang
tindakan ini, kecuali Malaysia. Negara-negara Islam
yang berjiran masih keliru tak tahu apa
nak buat dan jalan paling mudah ialah turut sama
mengutuk IRAQ.

Sebenarnya Amerika sudah lama berjaya memecahbelahkan
perpaduan negara-negara
Islam. Percayalah sampai bilapun tidak akan ada satu
resolusi yang padu yang boleh
memberi kesan pada Amerika kerana satu sebab sahaja,
pemimpin Islam lain sudah
dipengaruhi kecuali Malaysia. Ini semuanya hakikat,
tidak perlu ditidakkan lagi kecuali satu
keajaiban berlaku.

Amat sukar untuk kita lihat siapa mereka yang
sebenarnya yang sudah dibeli. Kerana apa?
Kerana pemimpin negara*negara ini sudah dibeli melalui
jaminan kuasa dan kekayaan.

Apabila Albright dan Al Gore menyokong puak reformasi
secara terbuka, ternampaklah
cita-cita sebenar mereka telah gagal. Ayam tambatan
mereka sudah tiada lagi dan tentunya
kedua-dua orang ini sudah dimarahi oleh Clinton.
Jadinya kenyataan Al Gore yang
disambut oleh Soros merupakan tawaran pembelian Anwar
secara terbuka, umpan
reformasi sama sepertimana yang ia lakukan dan berjaya
di negara Indonesia.

Degil, sombong, bongkak, dan bermacam-macam bahasa
dilontarkan kepada Perdana
Menteri kita oleh Amerika dan kuncu-kuncunya. Kerana
apa ? Hanya kerana beliau
merupakan satu-satunya pemimpin Islam yang belum dapat
dibeli. Malah Amerika tahu,
Perdana Menteri kita ini bukan sahaja susah dibeli,
malah kalau dibiarkan boleh pula
mempengaruhi pemimpin-pemimpin lain untuk celik dan
pandang pada realiti. Ini yang
tidak difahami oleh anwar atau penyokong-penyokongnya.

Pembelian ini sebenarnya dibuat secara berperingkat.
Ujian demi ujian dilakukan ke atas
pemimpin yang terpilih ini. Lihat saja apa yang
berlaku setahun sebelum anwar di pecat.
Dia mati-mati mempertahankan dasar-dasar IMF. Apakah
ini berlaku kerana ketegasan
Anwar. Tidak, ianya berlaku secara terpimpin oleh
Amerika. Tingkah laku dan pendirian
Anwar diperhati dengan teliti.

Sebenarnya pendirian anwar sangat membanggakan.
Kesungguhannya menakjubkan
pemimpin Amerika. Tetapi sayang Anwar sudah tidak
dapat diselamatkan lagi buat masa
ini.

Rakyat Malaysia jangan lupa Amerika tentu kini mencari
jalan bagaimana membetulkan
dan tetap akan cuba mengubah keadaan supaya anak didik
ini dapat berguna kembali.
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

--------------------------- ONElist
Sponsor ----------------------------

GRAB THE GATOR! FREE SOFTWARE DOES ALL THE TYPING FOR YOU!
Tired of filling out forms and remembering passwords? Gator fills in
forms and passwords with just one click! Comes with $50 in free
coupons!
<a href=" ">Click Here</a>
------------------------------------------------------------------------

///// JIM-IT: Jaringan Informasi Masyarakat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah
Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian

Langganan : Hantar E-mail kosong ke islah-net-subscribe@...
Unsub : Hantar E-mail kosong ke islah-net-unsubscribe@...

Untuk urusan pengiklanan, sila hubungi: Aris Sipan "aris@...".

--------------------------- ONElist Sponsor ----------------------------

GRAB THE GATOR! FREE SOFTWARE DOES ALL THE TYPING FOR YOU!
Tired of filling out forms and remembering passwords? Gator fills in
forms and passwords with just one click! Comes with $50 in free coupons!

Join [email protected] to automatically receive all group messages.