From: "Concorde" <concorde@...>
Mencari malam Lailatul QadarKini minggu terakhir Ramadan. Satu
perkara yang sering diperkatakan dalam minggu terakhir Ramadan
setiap tahun oleh umat Islam ialah mengenai malam al-Qadar yang
sering disebut sebagai "Lailatul Qadar". Seperti mana yang
dimaklumi, malam al-Qadar penuh keberkatan di si
si Allah SWT. Ia mempunyai
banyak keistimewaan dan kelebihan dan disebut sebagai malam
yang lebih baik daripada 1,000 bulan.
Ini seperti mana yang dijelaskan oleh Allah SWT dalam surah al-
Qadar ayat 1-6 yang bermaksud, "Sesungguhnya kami menurunkan
al-Quran pada malam al-Qadar. Apakah yang dimaksudkan malam
al-Qadar itu?
"Malam al-Qadar adalah malam yang lebih baik daripada 1,000
bulan. Turunlah malaikat dan rohnya dengan izin Allah. Selamatlah
malam itu hingga terbit fajar."
Pada umumnya sudah banyak diperjelaskan sama ada secara
tulisan atau lisan (ceramah, forum, bengkel atau seminar)
mengenai kelebihan, fadilat, sejarah peristiwa dan gandaan pahala
amalan ketika malam berkenaan. Namun, apa yang jelas daripada
segala penerangan sama ada tulisan atau lisan, ternyata
pada umumnya umat Islam tidak tahu bilakah tarikh atau masa
yang tepat bagi memastikan malam al-Qadar.
Antara ketentuan yang diperakukan oleh ulama mengenai malam
yang lebih baik daripada 1,000 bulan itu kemungkinan jatuh pada
tarikh berikut:
- Pada malam 17 Ramadan; atau
- Pada malam ganjil mulai dari 10 hari yang terakhir pada
Ramadan.
Selain itu, banyak sekali hadis yang menyarankan umat Islam
supaya mencari malam al-Qadar. Antara hadis yang dapat dikutip
dalam kitab fikh yang memperkatakan suruhan atau amalan untuk
'menemui' malam al-Qadar menyebut:
i. Dalam Sunah, Abu Daud, Ibn Mas'ud menyatakan, "carilah malam
al-Qadar pada malam 17 Ramadan...";
ii. Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dari Aisyah, Rasulullah
SAW bersabda yang bermaksud, "cari
lah dengan sedaya upaya malam al-Qadar pada malam ganjil dari
10 malam yang terakhir pada Ramadan";
iii, Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Ibn
Umar, Rasulullah menyebut, "Saya
melihat mimpimu bersepakat menetapkan bahawa Lailatul Qadar
pada tujuh malam terakhir. Maka sesiapa
yang hendak mencari Lailatul Qadar, carilah pada malam tujuh
yang terakhir";
iv. Diriwayatkan oleh Muslim dari Ibn Umar, Rasulullah bersabda,
"Carilah Lailatul Qadar pada 10 ma
lam terakhir, jika seseorang kamu mencari maka janganlah kamu
kalah dalam mencari pada tujuh malam
terakhir"; dan
v. Bagi al-Qurtubi, seorang ulama menyatakan bahawa, jumhur
ulama berpendapat bahawa Lailatul Qadar
adalah pada malam 27 Ramadan. Ini berdasarkan Rasulullah SAW
bersabda, malam al-Qadar adalah malam
27 Ramadan".
Berdasarkan maksud hadis itu ternyata tidak disebutkan dengan
jelas tarikh Lailatul Qadar yang tepa
t. Apakah hikmah di sebalik rahsia tarikh atau masa sebenar
Lailatul Qadar?
Menurut Prof Dr T M Hasbi Ash Shiddeqy dalam bukunya Pedoman
Puasa, beberapa ulama sependapat bahaw
a tarikh berkenaan dirahsiakan supaya umat Islam benar-benar
beriman, bertaqwa dan ikhlas beribadat
serta berusaha untuk mendapatkannya.
Selain itu, dalam konteks yang sama beberapa ulama Salaf
memberi beberapa pandangan mengenai hikmah
merahsiakan beberapa urusan agama kerana ada kebaikan dan
kepentingan di sebaliknya. Antaranya ada
lah:
- Allah menyembunyikan Lailatul Qadar dalam beberapa malam
supaya kita menghidupkan malam-malam itu dengan ibadat dan
amalan;
- Allah menyembunyikan saat 'ijabah' (saat doa dimakbulkan Allah)
pada Jumaat supaya kita sentiasa berdoa sepanjang hari;
- Allah menyembunyikan amalan maksiat yang paling dikutuk atau
dibenci bagi memastikan supaya kita menghindari segala maksiat;
- Allah menyembunyikan waktu kedatangan kiamat supaya kita
sentiasa beringat, berwaspada dan sentiasa beriman, bertakwa
dan beramal baik; dan
- Allah menyembunyikan ajal manusia supaya kita sentiasa beramal
dan taat kepadaNya.
Semoga pada tahun ini, Allah akan memberikan kita kekuatan untuk
melakukan ibadat dalam usaha kita menemui malam yang telah
disebutkanNya sebagai malam yang lebih baik daripada 1,000
bulan. Insya-Allah.
-------------------------------------------
Laman web jihad di chechnya :
Rasulullah saw bersabda maksudnya: "Siapa yang menjurusi satu
jalan untuk mencari ilmu nescaya Allah akan mempermudahkan
padanya jalan ke syurga." (Sahih Muslim)
Zikir harian anjuran Iman Al Ghazali
Jumaat - Ya Allah
Sabtu - Laa ila ha il lallah (Tiada Tuhan melainkan Allah)
Ahad - Yaa Hayyu Yaa Qayyum (Ya Allah yang maha hidup lagi
berdiri dengan sendirinya)
Isnin - La hawla wala quwwata illa billahil 'aliyyil 'azhim (Tidak
ada upaya dan kekuatan melainkan dengan kuasa Allah yang maha
tinggi dan maha besar)
Selasa - Allahumma shalli 'ala saiyidina Muhammad (Ya Allah
rahmatilah ke atas Nabi Muhammad s.a.w)
Rabu - Astaghfirullahal-'azhim (Aku mohon ampun kepada Allah
yang maha besar)
Khamis - Subhanallahil-'azhimi wa bihamdih (Maha suci Allah yang
maha besar dan pujian kepadaNya)
Dipetik dari Buku Amalan harian Sepanjang Zaman
Moga Ada Manfaat
Lenggang Kangkung Mailing List
Untuk Melanggan Lenggang Kangkung List -> Hantar email kosong
to: lk-subscribe@... (Free)
Untuk Berhenti Melanggan -> Hantar email kosong to: lk-
unsubscribe@...
Laman Web Lenggang Kangkung :